Isnin, 10 Disember 2012

KISAH PENDEK : “Siapa pakwe aku,..?”

Nama aku Dia.Nama di kad pengenalan aku ialah Dia Syarnina Binti Abdullah. Umur aku..Rahsia..hehe..yang pasti aku muda lagi...biasalah..umur kenalah rahsia.. Aku masih ingat lagi zaman sekolah dulu.Segala-galanya bermula di Sekolah Menengah. “Assalamualaikum dan selamat pagi.Yang di Hormati Tuan pengetua Sekolah Menengah ...!” Itulah ayat yang digunakan untuk membuka bicara dalam Perhimpunan Rasmi yang diadakan setiap pagi hari Isnin di sekolah aku .Aku tiba di tempat barisan kelasku dan mengeluh panjang. “Esh...ini yang aku tidak suka ini.Perhimpunan ini lama ar..!” Tidak lama kemudian seorang pengawas perempuan menegur aku.Ini kerana aku tidak duduk diam dalam barisan.Aku membuat memek muka setelah pengawas tersebut berlalu pergi. “Awak semua bersemangat sikit..Jangan main-main.Nyanyi Lagu Negaraku itu semangat sikit.mula sekali lagi.!” Tegur Cikgu Hassan Selepas lagu Negaraku di nyanyikan,aku dan semua akan menyanyikan lagu sekolah dan lagu seterusnya. 40 minit berlalu, semua murid dan guru pun bersurai setelah tamat Perhimpunan Rasmi. “Dia..mana name tag kau.?” Tegur Mila “Dekat rumah..kau ini tadi dah tahan aku dekat pagar tadi dahlah.asyik nak tahan aku saja.mana aci.tengok Farah itu.Lecana pun tak pakai.kau tak tahan dia pula.!” Ujar aku “Farah itu kawan aku.!” Ujar Mila sambil tersengih “Kawan kepala otak kau.Ikutlah undang-undang sekolah.Mana boleh berat sebelah.Dah..Tak ada - tak ada.aku nak masuk kelas juga.Lantak kaulah nak catat nama aku ke,apa ke.aku tak takut.Lagi pun rekod Demerit aku bersih.Tak macam kau.Pengawas pun ada rekod Demerit menggunung.hahaha..Kalau kau bagi dekat cikgu pun,cikgu tak akan comotkan kad Demerit aku itu.Rugi dakwat pen kau saja.!” Sambil tersenyum sinis pada Mila Hebat betul aku mengkritik Mila.Mila terdiam tanpa sepatah kata.Haha..baru puas hati aku ini.ada ke patut Mila itu sesedap hati dan sesedap rasa dia saja nak lepaskan kawan yang betul-betul bersalah.geramnya.. Jam di dinding sudah menunjukkan 9.40 pagi..Aku mula gelisah.Cikgu Sarah tidak keluar dari kelasnya lagi.Aku hilang tumpuan seketika.Bukan kerana terlalu lapar hendak makan.Tapi aku takut tidak dapat melihat siapakah gerangan yang menjadi pelajar baru di Sekolah aku . Dengar khabar dari unit risikan aku ada mengatakan pelajar tersebut adalah lelaki. Ha.?! Handsome ke.? Aku kurang pasti dan aku juga tidak pandai membayangkan wajah lelaki berkenaan.Bagi aku untuk mendapatkan kepastian, Aku perlu selidik sendiri walaupun mempunyai “Ejen Risikan.” “Hai..Dia.Hendak ke mana.Laju saja.?” “Erm..tak ada ke mana.aku nak pergi Lab sekejap.Nak jumpa..!” Ujar aku “Kau tak payah tipu aku..yang sebetulnya kau nak pergi tengok mamat handsome itukan.?” Ema menduga. Aku tersengih sendiri.Ema menguntum senyuman melihat perangai aku ,sahabat karibnya.Tanpa membuang masa,Aku menarik tangan Ema dan terus berlari menuju ke kantin Sekolah. Seperti yang di sampaikan oleh “Ejen Risikan”,pelajar baru itu memang handsome.Aku tersengih sekali lagi.Tidak lama selepas itu,aku mengatur langkah.sengaja aku mengambil laluan yang berdekatan dengan tempat duduk pelajar tersebut. Busk.! “Aduh..sakit la.!” Rungut Aku “Hahaha...lagi kali jalan itu tengok bawah.asyik bersembang saja.kan dah sakit..!” “Ei..kau ini..sengaja kau julur kaki kaukan.?” “Ya .. memang aku sengaja.sebab kau comel.haha..!” Aku terdiam seribu bahasa.Ema hanya memdiamkan diri sahaja. Pada keesokan harinya Aku tidak ke Sekolah.Aku tidak mahu ke Sekolah bukan kerana sakit atau demam.Tapi kerana Aku tidak mahu bertembung dengan mamat handsome yang sorang itu.hehe.. 8.00 pagi,pagi sabtu yang indah.Aku masih terbujur kaki di atas katil.Pagi-pagi sebegini agak malas bagi aku untuk bangun.Lebih baik sambung tidur. Kring..kring... “Dia..kau buat apa itu.kata nak pergi perpustakaan.?” Terjah Ema dari hujung telephone “Oit..Ema..apa main terjah saja ini. Bagi salam pun tidak.!” “Hehe..jangan marah..HA..ini mesti kau tidur lagikan..?.dah bangun la..Dia.aku dengan mamat pujaan kau ini dekat depan rumah kau ini.!” Ujar Ema “HA..siap kau kalau kau tipu aku..!” Aku memberi amaran “Tengoklah dekat tingkap.!” “Ema...kau tipu aku..aku tak mahu ikut kau.!” Jerit Aku Selepas berlakunya peristiwa itu ,Aku tidak bertegur Ema.Sengaja Aku buat sebegitu.Disekolah aku seperti biasa. Aku membiarkan sahaja tindak- tanduk Ema. Aku mahu memberi palajaran pada orang yang sudah merosakkan waktu tidur aku pada pagi Sabtu yang lalu. Ema yang mula merasa hairan dengan sikap Aku.Setiap kali Ema mendekati aku,aku pasti cuba mengelakkan diri darinya. Pada suatu hari Ema bertemu dengan Faris.Ema mahu meminta tolong pada Faris.Tepat pada waktunya Faris sampai di tempat yang dijanjikan. “Ema.aku tengok kau dengan Dia itu semacam saja.!” Duga Faris “Ema dengan Dia okey.tapi sekarang ini Dia dah tidak tegur Ema.!” “Sebab..?” “Sebab Ema tipu Dia.!” Ujar Ema “Kau pergi minta maaf dekat Dia.!” “Dah pergi tapi Dia asyik mengelak saja dari Ema.!”Ujar Ema “Cuba lagi.Kau guna taktik sikit.pasti cair punya.!” “Okey.!” HA...Faris..inilah murid yang baru masuk.Faris inilah yang telah kenakan aku di kantin dulu.Dan dia lah suspek cinta pandang pertama aku..Ha..haha.. Setahun berlalu.Kini aku berada di tingkatan 5 dan pada tahun ini jugalah aku akan menduduki Peperiksaan SPM.Wah..takut dan kecut perut juga.Sungguh aku tidak menyangka masa berjalan begitu cepat.Aku rasa baru semalam aku berada di Sekolah aku.Hahaha.. Hari pertama aku menjejaki kaki di sekolah ini lebih kurang empat tahun yang lalu.Masa itu aku baru masuk tingkatan 1.Semenjak dari hari itulah,aku mula mengenal kawan-kawan baru aku termasuk Ema. “Dia..kau dah start ulangkaji.?” Soal Shikin “Belum.Kau.?” “Hihi..samalah..!” “Eh..Dia.Ema mana.?” Soal Ida “Oh..Ema.Ema ada.itu.tengah berlatih kawad.!”Ujar Dia “Kau tak masuk pula.?” Soal Ida “Tak mahulah aku..aku dah penat la.tengok dekat papan kenyataan itu.250 hari lagi SPM.!” “Dia..Dia..!” “Ema.?!” Hahaha...terkejut besar aku.mana tidaknya Ema memang suka main sergah saja.Ermm..lupa pula aku..dalam sibuk-sibuk aku menyibukkan diri aku.Aku terlupa pada seorang kawan ini.Eh..silap..suspek cinta pandang pertama.Ah..itu dulu tapi sekarang TIDAK lagi.Faris.Ha..kemana Encik Faris ini pergi ya..?.erm kejap..aku tahu ke mana dia pergi. Kalau nak tahu Faris ini sibuk berdating.bukan dengan aku.tapi dengan orang lain.first time aku dapat tahu yang dia bercinta dengan Si Farah itu, terus aku blacklist nama dia dalam hidup aku.hehe..terus kena blacklist..kasihan... Salah aku ke.?aku rasa tidak.Aku bukannya jenis yang mencari.tapi aku mahu menjadi orang yang dicari-cari.fahamkan maksud aku.Tak apa-apalah mungkin Faris bukan pakwe aku buat masa sekarang.Aku ada masa lagi untuk mencari “Siapa pakwe aku.?” Pejam celik-pejam celik, SPM pun dah tiba. Argh....takutnya..takut otak aku jem sekejap nanti. “Okey..awak semua boleh buat persediaan terakhir sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan.!” Itulah kata-kata yang akan keluar dari mulut ketua pengawas peperiksaan.Dari apa yang aku lihat ada diantara kawan-kawan aku sibuk bersembang kosong.mungkin dengan cara itu diorang dapat menghilangkan rasa gementar. “Okey... harap awak semua beratur sebelum masuk ke dalam.!” Eh..eh..bersuara lagi ketua pengawas itu...rasa nak sumbat saja mulut dia dengan pen-pen aku ini..Ee..kata dia buat aku semakin gementar dan gerun.Arrrrr..Dalam barisan aku sempat menjeling ke arah Faris.aku tengok dia tidak lagi bermesra dengan Si Farah itu.Dari apa yang aku dengar diorang dah putus..betul ke..?ke diorang ini main –main saja.tapi tak apa nanti aku akan pergi selidik dengan “Ejan Risikan” aku.. Hahaha,,..budak sekolah pun boleh ada Ejen Risikan.hahaha..lawak-lawak.. Dengan kudrat aku.,,Alhamdulillah aku berjaya mendapat keputusan cemerlang walaupun tidak mendapat 10A1..aku tetap bersyukur dengan apa yang telah ditakdirkan untuk aku.Dengan keputusan SPM yang ada,aku mengambil langkah yang seterusnya.Aku menyambung pelajaran aku di peringkat yang lebih tinggi.Alhamdulillah aku di terima masuk di salah sebuah Kolej.aku menceburi dalam bidang baru.Bidang undang-undang.wah..dahsyat itu.. Haha..aku sendiri tidak tahu berapa kali dahsyat bidang ini dalam hidup aku.Sebabnya aku baru belajar.belum bekerja lagi..tapi apa yang aku inginkan adalah tinggi..itu semua bergantung pada usaha aku sendiri. Hari pertama aku menjejakkan kaki di kolej.Hati aku terus berbunga-bunga.Aku tidak keseorangan pada hari pendaftaran.Aku di temani oleh ahli keluarga Aku. “Terima kasih.Lepas ini adik pergi ke kaunter serahan, ya..!” Ujar petugas pendaftaran Aku hanya menganggukkan kepala sahaja.pada masa yang sama aku berasa agak kekok sedikit kerana semua urusan aku yang buat sendiri.Memang kekok sangat..Ahli keluarga tidak akan dibenarkan tolong.malah mereka dipanggil untuk mendengar ceramah khas yang pihak Kolej adakan. Ala..bukan ceramah apa pun..Ceramah tentang latar belakang Kolej dan sesi perkenalan para pensyarah kepada ibubapa sahaja... “Okey adik..baju adik saiz apa.?” Soal salah seorang petugas “Ha?..saiz?!” aku terpinga-pinga “Ya.adik kena pakai baju ini pada waktu orentasi nanti.!” “Saiz apa ya..” rungut Aku dalam hati “S!” Ujar aku pantas Hahaha..itulah saiz yang aku pilih..S..saiz kecil..Ala..badan aku ini bukannya besar sangat pun.biasa-biasa sahaja. Hahaha.. “Terima Kasih.!” Ujar aku perlahan Dan akhirnya aku berpisah dengan keluarga aku buat sementara waktu.Aku tinggal di asrama sepanjang tempoh pengajian aku.Kesian dekat aku.huhu.. Bila cakap mengenai asrama..fuh..sikit seram ar..bukannya ada hantu pun..tapi aku memang kekok tahap nak meletup..orang tak biasa tinggal dekat asrama macam aku ini.hihi..tapi lama-lama aku BERJAYA menyesuaikan diri aku dekat sana..hihi. Al-maklumlah ada kawan baru katakan..best sangat..semuanya jadi beres..hahaha.. Ain,Nad,Ros,Wani,Kak Mun,Yah.Anim,Atin,Mira,Shima,Shira,Angah,Kak Wani,Kak As,Safura and ramai lagilah.. “Nur Hazwani.!” “Dia syanina.!” Sesi perkenalan pertama aku.rasa teruja pun ada. Hihi..persahabatan aku dengan kawan aku semua masih kekal sampai ke hari ini. Hari ini diorang semua membawa haluan masing-masing termasuklah aku selepas menamatkan pengajian. Ha..sebelum terlupa.dekat sini aku nak cerita sedikit serba sedikit tentang kawan aku. Mula-mula Ain dan Nad.Dengar cerita diorang berdua ini nak kahwin..wow..berita yang tidak disangka..tapi aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk diorang berdua itu. Lupa..ros pula dalam perancangan mahu bertunang.wow..kenapa ada saja berita yang bahagia dari kawan-kawan aku ini.apa-apa pun aku sebagai kawan diorang,aku doakan yang terbaik buat mereka semua. Berbalik pada cerita asal..cerita aku..aku.?.seperti biasa.Hidup sebagai manusia biasa yang sentiasa berusaha mencari cinta.sekejap- sekejap..erm..aku sebenarnya tak suka bercinta ..Eee teruknya aku.. Argh..tolong..kepada sesiapa yang bekerja sebagai doktor,,tolong..tolong tukar job...tolong jadi doktor cinta aku..Hihi.. Kini aku sudah bekerja.Tak perlu aku nyatakan apa pekerjaan aku.tentu orang lain sudah tahu aku bekerja sebagai apa.Sekadar aku beritahu apa bidang ceburi semasa melanjutkan pelajaran dahulu..itu pun sudah memadai... Aku senang dengan kerja aku sekarang ini.Alhamdulililah rezeki..bersyukur sangat. Tapi betul kata orang tua.hidup kita akan rasa kosong walaupun kita sibuk bekerja,Dulu aku tak ambil pusing tentang cinta.. Push... Inilah jadinya...hidup aku sepi tanpa cinta. Suatu hari aku keluar bersama sahabat baik aku Ema.Keluar makan angin.Sedang aku duduk termenung menunggu Ema di kaunter memesan makanan,aku terlihat seorang lelaki tua sedang duduk di perhentian bas.Lelaki tua berkenaan kelihatan sedang menunggu seseorang.Tanpa membuang masa aku terus menghampiri lelaki tua berkenaan.lantas aku menanyakan soalan kepadanya sebaik saja aku melabuhkan punggungku di sebelahnya. “Pak cik tunggu anak pak cik.sekejap lagi dia sampai.!” Ujar Pak Rahmat “Pak cik,apa kata pak cik ikut saya pergi restoran sana.Boleh pak cik minum kopi dulu sementara pak cik tunggu anak pak cik itu!” pelawa aku “Terima kasih nak..!” “Sama-sama..!” Ujarku “Nak..kalaulah Nak jadi menantu pak cikkan seronok.!” Ujar Pak Rahmat “HA..?!” Terkejut besar aku. Pak cik Rahmat ini biar betul.terus pelawa aku jadi menantu dia.Takkan baru kenal.,terus buat keputusan macam itu.Aku ketawa kecil.Namun Pak Rahmat tidak kecil hati dengan tingkah –laku aku pada ketika itu. Aku pun tidak ambil pusing tentang percakapan Pak cik Rahmat.Belum sempat aku menjamah makanan aku.Aku disergah oleh seorang lelaki yang tiba-tiba datang entah dari mana. Pak cik Rahmat beristifar panjang. “Ai,..takkan pak cik ini jadi test kau.!” Ish..panas....telingat aku.Ee..geramnya aku.sesedap hati dan sesedap rasa lidah dia saja nak cakap macam itu dekat aku.memang nak kena mamat ini.Ah..apalagi..ini peluang aku..Hahaha..rasakan kau. “Oit..cantiknya bahasa kau..kau turun dari planet mana ini ha.?” Ujar aku “Bumilah..planet mana lagi.!” “Iz..apa kamu cakap macam itu dekat Dia ini.!” Ujar Pak cik Rahmat “Ayah..pergi mana..penat Iz cari.Tahu-tahu ayah dekat sini.Bukan ke ayah dah janji dengan Iz.Dekat Bus Stop depan itu.!” Ujar Iz “Macam inilah..kawan saya ini yang bawa Pak cik Rahmat datang sini.Dia kasihan tengok pak cik Rahmat duduk sorang-sorang dekat bus stop itu.itu saja.!” Celah Ema “Mulut tak ada insurans.!” Bentak aku Selepas kejadian itu,memang tidak senang duduk.Ee,..geram yang teramat sangat.Tak patut ‘mamat tak berinsurans’ itu cakap macam itu.Sedangkan aku tolong ayah dia.Ee..dalam dunia ini ada lagi ke manusia yang sebegitu rupa.Harap dia seoranglah yang wujud dekat dunia ini.Kalau ada 40000 orang yang serupa macam dia itu,aku boleh mati kerana geram tahap nak meletup..Ee..geramnya. Ha..Iz..siapa dia.Ah..biarkan dia..malas aku nak tahu Iz itu siapa dan dimana dia tinggal.biarkan dia.biarkan dia..aku tak mahu kepala aku ini pening disebabkan oleh Iz. Setiap hari aku akan ke pejabat tempat aku bekerja. “Dia...ada orang cari kau.!” Ujar siti “Siapa.?” “Entah..kau pergilah tengok.!” Ujar Siti lagi “okey” Aku melangkah menuju ke ruang menunggu.Dengan hati yang penuh dengan beribu-ribu tanda tanya!.siapakah orang yang mencari aku pada waktu sebegini.Potong line betul.. “Dia..Do you remember me.?” Argh...sungguh tidak menyangka.. masih wujud lagi suspek cinta pandang pertama ini.Hampir sekian lama mamat ini menghilang..baru hari ini mamat ini muncul balik..!!. Oh No.. “Kau Faris..lama menghilang..pergi mana.?” Selamba betul aku ini..terus saja..sepatutnya aku perlu beri salam dahulukan..? “Dia..kau suka aku.?” Ha..?..biar betul mamat suspek ini..otak dah masuk asap ke.Eee,,. Tolong...!!!.. “Faris..Otak kau dah masuk asap ke.!” Ujar aku “YA..asap CINTA Cik Dia..!” “Aku minta maaf..jangan buka cerita lama..lagipun kau dah tahu cerita itu kan..so..jangan cari aku lagi..kau kan dah ada Farah..!” “Tapi..Farah dah tinggalkan aku..!” Ujar Faris.. “Cari Farah..jangan cari Dia..!” “Okey..tapi...!” “ Tidak ada tapi-tapi..sebelum ini kita sama-sama minta maaf atas apa yang hati kita rasa dulu.tolong Faris..Dia dah lupakan semuanya.!” “Senangnya Dia lupakan semuanya.!”Ujar Faris Aku terus berlalu pergi tanpa menoleh kebelakang lagi..Air mata aku jatuh berderai tanpa diduga..kenapa mamat itu cari aku lagi.Mamat suspek itu dah mungkiri janji.dulu mamat itu dah berjanji yang dia tidak akan cari aku lagi..tapi..sekarang.. Tanpa diduga,Faris mengekori aku sehingga keluar.. “Dia..!” “Dia..!” Air mataku mengalir deras.aku mempercepatkan langkahku dengan berlari.. “Aduh..!” Satu suara mengeluh memeranjatkan aku.aku hanya mendiamkan diri.Rupa-rupanya aku terlanggar seorang lelaki.tiada langsung kata maaf dari aku.aku hanya ada butir-butir mutiara yang tidak henti sejak dari tadi.. “Dia..!” Lelaki itu masih mengejar aku.Jarak Faris dengan aku hanya beberapa langkah sahaja. “Dia..kenapa begitu mudah Dia lupakan semua peristiwa bahagia antara kita berdua.!” Faris mendesak “Peristiwa Bahagia..?..Tak..!” Aku bersuara sambil menggelengkan kepala “Uh..mungkin sebab ada dia ini.!” Faris menundingkan jarinya pada lelaki yang berdiri di sebelah aku “ YA..sebab aku..?Aku Hissam.!” sahutnya “Dia..!” Faris tersentak.Raut wajahnya berubah serta-merta.pada ketika itu aku lagi la..macam nak tercabut jantung aku.Dengan gaya selamba Hissam,dia terus menarik aku.aku jatuh di dalam dagapannya..Uh..gila..selambanya mamat ini peluk aku..Faris tidak berganjak dari tempat dia berdiri terpaku macam tiang sebatang.aku pula mencuba untuk melepaskan diri dari terus dipeluk oleh mamat yang bernama Hissam...Er..yerk... “Dia..jom abang hantar Dia balik..!” Ee..lagi selamba..ABANG?!..Er..yerk..yerkk.. nak muntah.. Hissam menarik tanganku menuju ke sebuah kafe.Apa la..sepatutnya aku boleh tolak Hissam itu sampai jatuh..tapi disebabkan Faris,aku terpaksa ikut Hissam itu.. “Ya Allah..Tolong selamatkan aku..Huhu..!” Bisik hati kecilku Sebaik saja aku dan Hissam tiba di Kafe Intan,Hissam melayan aku bagaikan seorang putera mencintai seorang puteri idamannya.ee...so sweet..Air mata aku di kesat olehnya dengan tisu.makan dia suapkan.naik segan aku.Orang disekeliling asyik tengok saja..malunya... “jangan hiraukan orang yang tengah tengok kita..biarkan.diorang pun ada mata..!” “ Cup-cup..kenapa awak buat saya macam ini..kita bukan ada apa-apa pun dan saya tak kenal awak dan yang paling penting,,saya tak suka awak.....!.” ujar aku “Tak apa..!” Ucapnya sambil tersenyum. Uh..manisnya senyuman Hissam..Eee..sweet sangat.. Tidak lama selepas itu Hissam mencapai telephone dari tangan aku. “Okey..dah dapat..malam sikit lagi saya call awak..Nombor awak saya dah ambil..!” Ah..senyum lagi mamat ini..ini buat jantung aku berdegup kencang.. “ Tapi saya benci awak..!” ujarku “Tak apa..bye..!” Itulah perkataan yang keluar dari mulut Hissam. Sejak kejadian itu Faris tidak lagi mencari aku.Dan sejak dari kejadian itu jugalah,Aku asyik bertembung empat mata dengan Hissam..dan setiap kali berjumpa dengan Hissam,,aku akan katakan pada dia yang aku benci dia.. “Hei...jangan kata benci..nanti..bertukar menjadi cinta..!” Ujar Hissam setiap kali dia dengar perkataan benci dari mulut aku. Selang beberapa bulan aku pulang ke kampung.Aku menjenguk keluarga aku di kampung.ah...damainya suasana kampung...jauh dari kesesakan jalan raya dan tiada pencemaran udara yang merbahaya..hihi..Tapi hati aku tak happy macam selalu..entah aku pun tidak aku apa puncanya.. “Hei...jangan kata benci..nanti..bertukar menjadi cinta..!”.... Erm...ee..susahnya.kenapa aku asyik teringatkan Hissam pula..aduh..Aku dah jatuh cinta ke.?..aaaaa.. Tak mungkin..hemm.Hhemm.. “Ya Allah..tolonglah aku..!” “Mak..esok Dia nak balik..erm..nanti kalau ada apa-apa mak call Dia.Dia akan balik nanti.!” “Dia,..mak rasa..badan Dia ini panas la.Dia demam ya..!” “Tak adalah mak..mana ada..erm..!” “Ech..Dia ini degil la cakap mak..!” Sudah seminggu aku tidak bekerja..erm..selepas pulang dari kampung, aku terus di masukkan ke hospital.Dari jauh mak aku datang.Mak lah yang menjaga aku selama aku berada di hospital..Hari—hari aku termenung panjang..memikirkan Hissam..Aik..tapi kenapa Hissam..ya..kenapa tidak kereta ,baju atau sebaliknya,,,,. Huhuhu.. “kenapalah Hissam..!” rungut aku seorang diri “Okey..Cik Dia..esok Cik Dia boleh balik..!” ujar seorang jururawat “Yepyy,..Aaa..yes..yes..boleh balik..!” Betapa seronoknya aku..ee,..boleh balik..ee..seronoknya...hahaha.. “Hei..seronok nampak..jangan asyik nak seronok saja..nanti balik jangan lupa makan.kalau awak tak makan ubat.Saya cucuk awak banyak kali..hihi..!” Ujar seorang doktor yang tiba-tiba muncul dari muka pintu...aku apa lagi..tarik selimut sampai ke kepala..malu..kot... Eeee.... “Hei..sudah la..jangan jadi budak kecil..awak itu dah tua..!” Ujar Doktor itu lagi “Werk..biar la..!” Ujar aku Doktor itu melemparkan senyumannya pada aku..wah..sweetnya...pada masa yang sama jantung aku dengan tiba-tiba berdegup kencang.Sama seperti dulu..Dan aku mula rasa pelik bin ajaib.. Senyuman itu.. macam pernah aku tengok..serupa dengan senyuman Hissam...Hati kecil aku mula berkata-kata...Takkan lah orang yang berdiri di depan aku ini Hissam..tapi..Hissam yang aku kenal tidak berkaca mata..tapi doktor ini berkaca mata..aduh.....macam mana ini..takkan aku dah jatuh cinta pada doktor ini pula..kalau benarlah aku jatuh cinta dengan doktor ini..habis Hissam itu macam mana.. Macam mana ini..!.. “Okey,,..saya keluar dulu..tapi ingat..jangan lupa pesan saya tadi..Ya..!” pesan Doktor itu Dengan tiba-tiba aku mengambil keputusan untuk membuat sesuatu.Tanpa membuang masa aku terus melompat dari katil dan segera mendapatkan doktor yang mula menghampiri pintu. “Sekejap..hihii..!” ujar aku Jantung aku kembali berdegup kencang..semakin lama,semakin kencang..aku bernekad untuk tahu perkara sebenarnya..aku mahu lihat wajah di sebalik kaca mata itu.Aku memejamkan mata aku sambil tangan aku cuba menanggalkan cermin mata doktor itu..ermm..perlahan-lahan aku menarik keluar dan akhirnya..aku berjaya melakukannya.. “awak..?!..” “ Kenapa ..masih tak percaya lagi.!” “Ee...jahatnya..saya benci awak..!” Aku ucapkannya sekali lagi sambil aku memeluk tubuhnya.Sungguhku tidak menyangka..aku benar-benar sudah jatuh cinta..hihi..betul kata orang tua..mula-mula benci..tapi lama-lama cinta... Akhirnya..aku bercinta dengan seorang doktor bernama Hissam..itulah cinta aku..dan aku takkan melepaskannya sehingga bila-bila..pada mulanya aku sememangnya susah nak percayakan cinta...sebab takut tertipu..dan menipu.. Hihii.. Hari ini..aku tersenyum..tersenyum kerana hati aku sudah dicuri dan di miliki oleh Hissam..Dan Hissam lah sang putera dan aku pula sang puteri yang bertakhta dihatinya. Syukur Alhamdulillah aku kini hidup bahagia bersama Hissam.. Hhhmmm...  AKHIRNYA SOALAN AKU SELAMA INI SUDAH PUN TERJAWAB... Dia Syarnina :“Siapa pakwe aku,..?” Hissam : “HISSAM.!.” “ Terima kasih Ya Allah kerana telah mengurniakan dia pada aku..Terima Kasih Ya Allah..!”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan